Setiap rumah yang dibina dan disiapkan adalah unik mengikut citarasa pelanggan kami. Bermula daripada proses pelanggan memaklumkan kehendak dan bajet mereka, kami melakarkan deraf pelan rumah mereka yang pertama. Kemudiannya, proses mengambil maklumat input, komen dan cadangan daripada pelanggan secara berterusan sehingga terhasilnya lakaran pelan rumah impian mereka. Langkah seterusnya melibatkan pengurusan pembiayaan sama ada secara tunai atau melalui Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi penjawat awam atau pinjaman bank bagi pekerja swasta.
Setelah urusan pembiayaan diselesaikan, pembinaan rumah diteruskan dengan pengurusan tapak yang berpengalaman. Pelanggan juga akan disediakan dengan maklumat dan laporan setiap progress pembinaan rumah bagi memantau progres pembinaan rumah mereka daripada A to Z.
Anda boleh melayari maklumat rumah-rumah banglo yang telah disiapkan oleh Ali Bina Group melalui laman ini.
Klik pada ruangan portfolio rumah siap di bawah untuk melihat gambar, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi.
Kontraktor Bina Rumah Kedah , Penang , Perak Utara
| Title | Price | Status | Type | Area | Purpose | Bedrooms | Bathrooms |
|---|